Kepentingan Air Kepada Ibu Berpantang

Kepentingan Air Kepada Ibu Berpantang

Pengambilan air yang mencukupi sangat penting bagi  IbuBerpantang. Lazimnya  Ibu Berpantang  yang mengikut kaedah tradisional tidak dibenarkan untuk minum lebih daripada 2 gelas air. Alasan yang kerap diberikan oleh orang-orang tua ialah takut peranakan mengembang.

Call/Whatsapp/Sms Segera 0179425846

Amalan berpantang yang kurang pengambilan air boleh menyebabkan  Ibu berpantang  mengalami masalah  sembelit . Jika masalah sembelit  berterusan untuk suatu tempoh yang lama, takut-takut nanti anda akan berisiko mendapat  buasir  pula.
Saya sendiri pernah mengalami masalah  sembelit  semasa bersalinanak pertama dulu. Disebabkan ianya pengalaman pertama, so saya hanya ikut sahaja petua yang di ajar oleh ibu dan tukang urut saya.
Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Sampaikan saya trauma untuk membuang air besar dibuatnya. Walhal saya memang minum ubat pelembut najis yang diberikan oleh gynae dan mengamalkan pemakanan serat yang seimbang.
Kebetulan saya memang ada menyimpan nombor telefon pakar laktasi masa tu. Bila saya hubungi beliau menyarankan supaya  Ibu berpantang   macam saya perlu minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Selepas mengamalkannya, akhirnya saya boleh membuang dengan lancar dan tiada lagi masalah sembelit.:)
Kemudian, bila follow-up dengan gynae saya pun cerita tentang pengalaman saya  sembelit  masa masa minggu pertama berpantang. Gynae pun sarankan perkara yang sama iaitu minum 2 liter air sehari.
Masa tu la gynae terangkan kepada saya tentang komposisi air dalam tubuh manusia. Barulah saya tahu yang 60% tubuh manusia terdiri daripada air. So, bila kurang minum air memang system tubuh akan terganggu la. Alhamdulillah memang tepatlah pilihan saya untuk minum air secukupnya semasa berpantang.

Call/Whatsapp/Sms Segera 0179425846

Salah satu masalah bila kurang air ialah masalah percernaan dan pembuangan. Air juga sangat penting dalam proses untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Kekurangan air menyebabkan oksigen tidak sampai ke bahagian tubuh yang sepatutnya.
Selain itu, sel-sel tubuh juga sangat memerlukan air untuk proses membiak, membina semula dan ‘survive’. Sebenarnya banyak lagi kepentingan air kepada tubuh. Antaranya ialah:
Diperlukan oleh otak untuk menghasilkan hormone dan neurotransmitter
  • Mengawal suhu badan
  • Bertindak sebagai penyerap hentakan untuk otak dan saraf tunjang
  • Merupakan bendalir kepada sendi-sendi tubuh
  • Menyahkan bahan buangan tubuh terutamanya melalui air kencing
  • Dan pelbagai lagi
 Ibu Berpantang  yang menyusukan bayi terutaanya sangat perlu menitikberatkan tentang pengambilan air secukupnya. Ini kerana penghasilan  Susu Ibu  berkait rapat dengan pengambilan air seseorang ibu. Jika anda kurang minum air, takut-takut nanti penghasilan susu akan terganggu atau pun anda mengalami dehidrasi.
Kesan negative akibat dehidrasi ialah ia boleh menyebabkan  Ibu Berpantang  berasa lesu dan cenderung untuk mempunyai masalah emosi kerana hormone yang tidak STABIL.
Selain daripada perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari, Ibu Berpantang  juga perlu minum apabila berasa dahaga. Kerana dahaga ialah tanda bahawa badan anda telah kekurangan air.
So, saranan saya untuk bakal-bakal ibu dan  Ibu Berpantang  yang baru pertama kali melalui pengalaman ini, sebaiknya anda rujuk kepada Pakar sakit puan dan pakar laktasi anda terlebih dahulu mengenainya.
Bukanlah bermakna anda perlu tolak bulat-bulat petua orang-orang tua, cuma sebaiknya rujuk juga kepada yang lebih arif seperti gynae dan Kaunselor laktasi sebelum mengambil sesuatu tindakan supaya ianya tidak memudaratkan anda dan bayi.
Tempoh berpantang adalah suatu tempoh yang amat indah terutamanya untuk ibu-ibu baru. Kenapa nak seksa diri anda semata-mata kerana sesuatu yang anda sendiri tidak pasti akan kesahihannya.
Berfikirlah dengan bijak. Jangan sampai badan anda menerima akibat kesan daripada kesilapan anda pula ye.:)

Sumber daripada : www.vitaminhalal.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...