Setahun Penduduk Debak Guna Air Kotor

Masalah air kotor yang belum selesai timbul pelbagai reaksi tidak puas hati penduduk 
DEBAK: Masalah bekalan  air kotor membelenggu penduduk  di sekitar daerah Debak sejak setahun lalu dan belum selesai sehingga kini menimbulkan pelbagai reaksi tidak puas hati penduduknya.
Rata-rata menyatakan kecewa dan membebankan kerana masalah itu berpanjangan tanpa ada tanda-tanda penyelesaian walaupun sudah setahun berlalu.
Kassim Gapor, 54, berkata penduduk begitu kecewa dengan situasi itu kerana pelbagai aduan telah dibuat namun ia belum selesai.
“Dianggarkan sekitar 3,000 penduduk di kawasan ini yang terlibat dalam masalah ini membabitkan penduduk kawasan rumah panjang, kampung dan warga di sekitar pekan kecil Debak,” katanya kepada media ketika ditemui di sini, semalam.
Katanya selain berdepan masalah air kotor, penduduk turut mengalami masalah kerap terputus bekalan.
“Lebih teruk, adakala airnya berbau busuk. Kotor, kerap terputus bekalan dan kadangkala berbau busuk. Keadaan sungguh teruk,” katanya.
Menurut Kassim,  kebanyakan pengguna di sini rata-rata menyifatkan Loji Rawatan Air Sungai Uba, tiga kilometer dari pekan Debak yang baharu dibuka sebelum Loji Rawatan Air Lubau dekat Ulu Layar digunakan beberapa tahun lalu itu sering memberi masalah kepada pengguna.
Katanya kualiti bekalan air yang kotor disalurkan kepada penduduk dan dibimbangi ia menjejaskan kesihatan.
Kassim mewakili penduduk di situ meminta jasa baik pihak berkuasa tempatan supaya memeriksa masalah bekalan air di rumah penduduk serta kedai selepas ini untuk cari jalan penyelesaian segera.
“Masalah ini sudah amat lama. Penduduk di seluruh pekan, kampung serta rumah panjang terpaksa menggunakan penapis air dipasang pada pili paip untuk menapis air bagi kegunaan keluarga.
“Air kotor seperti  tidak dapat diminum, membasuh, mandi dan sebagainya. Pihak berkuasa tempatan harus mendengar masalah penduduk sekitar Debak berhubung isu ini,”katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohamad Razi Sitam turut turun padang untuk melihat sendiri masalah membelenggu penduduk sekian lama di pekan Debak, semalam.
“Saya akan berusaha  mencari penyelesaian segera. Harapan saya kini agar penduduk kawasan terjejas bersabar,” katanya.
Razi turut bersama-sama ketua masyarakat,ketua kaum serta komuniti kaum Cina pekan Debakmembincangkan mengenai masalah bekalan air yang melanda di daerah itu

kredit : Berita Sarawak 3 Febuary 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...