Tumpahan Minyak di Sg Johor Sebabkan Gangguan Bekalan Air

Tumpahan Minyak di Sg Johor Sebabkan Gangguan Bekalan Air

JOHOR BARU: Tumpahan minyak sepanjang 15 kilometer di Sungai Johor menyebabkan gangguan bekalan air yang serius, dengan hampir 500,000 pengguna di tiga daerah di selatan Johor dijangka terjejas. 

Tumpahan minyak itu dikesan pada pukul 8 pagi, Khamis. Ia menyebabkan loji rawatan air Semangar dan loji rawatan air Sungai Johor terpaksa ditutup. 
Kedu-dua loji rawatan air itu membekalkan air bersih kepada pengguna di Johor Baru, Kulaijaya dan Nusajaya. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor Datuk Ir Hasni Mohamad menyifatkan apa yang berlaku sebagai pencemaran paling serius pada tahun ini, dan beliau berkata tindakan segera akan diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
Beliau turut menggesa pengguna menyimpan air atau menghubungi talian hotline Syarikat Air Johor di 1800-88-7474 atau SMS 019-7727474 atau menghantar emel kepadacustomer.care@saj.com.my
Kredit:mstar.com.my, 2/4/2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...