'Tak tahan air kotor berkeladak'

Call/Whatsapp/Sms segera 0179425846



IJOK – Tak sanggup melihat baju sekolah anak kotor akibat air berkeladak, seorang penduduk mencuri peluang mengadu masalah sempena mini pameran dan promosi portal mySyabas dibuka di Bazar Ramadan Ijok.

Penduduk, Hamidon Baharom, 48, mengadu, masalah air kotor berkeladak menyebabkan baju yang dicuci semakin kotor terutamanya pakaian sekolah anak.

Menurutnya, menanggung masalah air berkeladak yang berlaku dua hingga tiga kali dalam tempoh sebulan mengundang rungutan apabila menyukarkan mereka untuk memperoleh air bersih.

“Bila cuci baju sekolah anak, bukan makin bersih tapi makin kotor dengan air berkeladak...pakcik ingatkan Syabas tengah baiki paip pecah atau cuci tangki besar.

“Sebab itu kalau air berkeladak, memang kami jiwa kacau sebab nak kena tunggu lama nak dapatkan air bersih...bila dah kerap sangat berlaku, memang agak menyusahkanlah.

“Sebab itu bila pakcik tengok orang Syabas buka 'booth', pakcik terus mengadu sebab ada pasukan yang janji nak tengok apa punca masalah. Sekurang-kurangnya pakcik lega masalah ini dapat perhatian,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan dan Ketua Pejabat Syabas Wilayah Kuala Selangor, Anwar Ahmadi Mahmud berkata, setiap aduan dan rungutan penduduk berkaitan kualiti air diambil terus untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan yang ditugaskan akan datang ke rumah pengadu untuk mengenal pasti punca masalah yang dihadapi penduduk sama ada penggunaan paip lama, ada paip pecah dan sebagainya.
“Ini sebagai salah satu usaha Syabas membantu pengguna dan pada masa sama,  mempromosikan portal perkhidmatan pengguna (OCP) dan aplikasi mudah alih mySyabas.
“Kita menggalakkan pengguna memuat turun aplikasi mySyabas bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan yang ditawarkan seperti semakan, bayaran bil, permohonan akaun baru dan pertukaran hak milik akaun.

“Malah pengguna boleh mendapatkan maklumat tepat mengenai gangguan air, aduan segera, kenyataan media terkini dan pautan terus dengan laman web utama Syabas tanpa masalah.
“Syabas Wilayah Kuala Selangor membuka mini pameran di empat bazar terpilih untuk memberi maklumat tambahan kepada pengguna dan pada masa sama, sumbangan kurma dijalankan,” katanya.


Kredit : Sinar Harian 7/Julai/2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...