Adakah Minum Air Yang Bersih Itu Satu Keperluan

Adakah Minum Air Yang Bersih itu Satu keperluan




  

Air merupakan keperluan asas kepada semua kehidupan. Setiap hari manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan menggunakan air sebagai punca minuman. Air diminum secara langsung oleh manusia dan haiwan. Tumbuh-tumbuhan pula menyerap air untuk membuat makanan. Air mencakupi 70% daripada keluasan bumi. Namun begitu jumlah air tawar adalah kecil. Kebanyakan air hanya boleh didapati di laut dan lautan yang luas terbentang.


Call/Whatsapp/Sms Segera 0179425846

Manusia memerlukan air untuk hidup. Air digunakan untuk minum, memasak, mencuci dan membersihkan diri. Tanpa air manusia boleh hidup hanya 7 hari mengikut purata suhu di Malaysia Air yang sampai ke rumah kita telah melalui 3 peringkat utama berikut;
1 – rawatan air di loji rawatan
2 – simpanan didalam tangki simpanan

3 – penyaliran melalui sistem perpaipan

Call/Whatsapp/Sms Segera 0179425846

Call/Whatsapp/Sms Segera 0179425846

Call/Whatsapp/Sms Segera 0179425846

Sungai merupakan aliran air yang mengalir dari kawasan pergunungan ke kawasan yang lebih rendah. Air sungai berpunca dari hujan yang turun di kaki gunung atau bukit dan kemudian mengalir ke laut. Amat sukar untuk mendapatkan sungai yang bersih dan membekalkan sumber air kepada manusia. Oleh itu seharusnya sungai perlu dijaga untuk memastikan bekalan air bersih berpanjangan. Pada zaman dahulu kebanyakan sungai dijadikan alat perhubungan yang penting dan sumber protein. Setelah jalan raya dibina, sungai hanya berfungsi sebagai jalan perhubungan di kawasan pedalaman, sumber makanan dan sebagainya. Kemajuan yang dicapai telah memberi faedah yang cukup besar kepada manusia sendiri. Suatu ketika dahulu manusia terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan bekalan air dari sungai, kolam, perigi atau laut. Dengan perkembangan teknologi, memudahkan manusia untuk terus mendapat manfaat daripada kemajuan tersebut. Bekalan saluran paip merupakan salah satu kemudahan yang diperolehi daripada teknologi.


Call/Whatsapp/Sms Segera 0179425846

Manusia hanya perlu memutarkan kepala paip untuk mendapatkan air. Bahkan di negara-negara yang beriklim sejuk sederhana, bekalan air panas turut disediakan untuk memudahkan manusia memanaskan badan. Air bukan sahaja diperolehi daripada sungai, tasik, kolam atau terusan, tetapi turut menggunakan air laut. Proses penutrealan telah dilakukan di negara-negara yang kekurangan air tawar untuk memenuhi permintaan. Selain itu terdapat juga beberapa buah negara menjalani proses pengitaran air kumbahan untuk digunakan semula. Teknologi ini mencakupi pelbagai aspek segi sumber bekalan, takungan, saluran paip dan proses pengitaran. Sekiranya tidak terdapat peningkatan dalam kejuruteraan, bekalan air tidakDAPAT disalurkan ke kawasan kediaman seperti hari ini.

Call/Whatsapp/Sms Segera 0179425846

Air merupakan zat yang paling penting dalam kehidupan selepas udara. Tiga per empat bahagian dari tubuh kita terdiri dari air dan tidak seorang pun mampu bertahan hidup lebih dari 4-5 hari tanpa minum air. Air banyak digunakan untuk memasak, mencuci, mandi dan membersihkan kotoran yang ada disekitar rumah. Air juga digunakan untuk keperluan industri, pertanian, pemadam kebakaran, tempat rekreasi dan banyak lagi. Penyakit-penyakit yang menyerang manusia juga disebarkan melalui air.
Badan manusia secara puratanya terdiri dari 70% air . Ia memainkan peranan penting di dalam kebanyakkan fungsi badan seperti mengangkut nutrien dan menyingkirkan sisa kimia daripada badan. Air penting untuk fungsi penghadaman, membuang sisa toksin dalam tubuh, penyerapan, peredaran dan perembesan serta memanfaatkan vitamin larut air. Air juga faktor utama pengekalan suhu badanNORMAL.
Call/Whatsapp/Sms Segera 0179425846

Air perlu diganti secara berterusan kerana kita kehilangan 250ml air melalui pernafasan. Kita perlu meminum air sekurang-kurangnya 3L sehari bagi mengganti keperluan air yang hilang. Malangnya kita biasanya minum air sekadar untuk menghilangkan rasa haus semata bukan untuk mencukupkan keperluan air yang hilang hasilnya kita akan mengalami pelbagai masalah kesihatan yang ditandai dengan simptom seperti kehausan, nafas berbau, bibir merekah, kapanasan badan, sembelit, dehidrasi, pening, kurang daya tumpuan, keletihan dan meningkatkan risiko jangkitan buah pinggang.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...