Mesin Dialisis Dari Perkakas Dapur Rumah Buatan Sendiri



Mesin dialisis dari perkakas dapur rumah buatan sendiri


Call/Whatsapp/Sms Segera 0179425846


Derita seorang lelaki Cina,Hu Songwen yang menghidapi sakit buah pinggang terpaksa merawat dirinya sendiri dengan mesin dialisis buatannya sendiri
setelah tidak mampu membayar kos rawatan yang terlalu mahal dari pusat dialisis.

Mesin tersebut di buat daripada perkakas dapur dan instrumen perubatan lama.Tiga kali seminggu dia akan duduk di atas tandas kecil rumahnya yang terletak di timur cina bagi merawat dirinya sendiri.Setelah di kenal pasti bahawa beliau menghidapi sakit buah pinggang pada tahun 1993 yang mana bahan buangan tidak boleh di keluarkan daripada darah,beliau mula menjalani rawatan di hospital atau pusat dialisis yang berhampiran tempat tinggalnya.

Setelah beberapa tahun beliau tidak mampu lagi untuk meneruskan rawatan di pusat dialisis,kerana wang simpanan telah habis di gunakan untuk membayar bil-bil rawatan.Penyelesaian kepada masalah itu ialah dengan mencipta mesin dialisis buatan sendiri bagi mengurangkan kos perubatan yang sangat mahal.

Call/Whtasapp/Sms Segera 0179425846

Call/Whtasapp/Sms Segera 0179425846

Sebelum ini dua orang kawannya juga membuat dan menggunakan mesin yang sama telah meninggal dunia.Walaupun mengetahui hakikat itu beliau tetap meneruskan rawatan dialisis dengan mesin buatannya itu kerana beliau tiada pilihan yang lain untuk memperjuangkan hidupnya.

Mesin dialisis ini berfungsi seperti buah pinggang luaran.Ia terdiri daripada dua petak yang di sambungkan oleh membran yang membolehkan hanya sesetengah zarah melaluinnya.Darah di pam melalui separuh daripada mesin itu,manakala cecair dialisis di pam separuh bahagian yang lain.


Call/Whatsapp/Sms Segera 0179425846

Hu Songwen membuat cecair dialisis dengan mencampurkan Kalium Klorida,Natrium Klorida dan Natrium Karbonat Hidrogen ( Bikarbonat ) ke dalam air yang di filter.Untuk rawatan dua tiub di masukkan ke dalam tangannya yang kemudiannya di sambungkan ke mesin dialisis tersebut.Darah di pam keluar lengannya melalui salah satu tiub,di tapis dan kemudian kembali ke tubuhnya melalui tiub yang lain.

Doktor memberi amaran Hu akan menghadapi risiko jangkitan serius serta komplikasi jangka panjang kerana tidak menggunakan air steril bagi membuat cecair.Akan tetapi Hu yang tinggal bersama ibunya berusia 81 tahun mengatakan beliau mempunyai pilihan yang agak terhad.

Akhirnya Hu telah di tawarkan bantuan perubatan oleh kerajaan setelah cerita beliau di laporkan dalam Southern Weekly.Walaupun begitu Hu agak keberatan untuk menerima bantuan kerajaan itu kerana pusat dialisis di tempat tinggalnya sangat jauh dan sesak setiap hari.

Tahukah anda berapakah kos rawatan dialisis buah pinggang di Malaysia hari ini ? 

P/s : Untuk mengelakkan dari terkena sakit buah pinggang kita mestilah menggunakan water filter yang berkualiti tinggi dan terjamin tahap tapisannya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...