Air Kotor Bertakung



Call/Whatsapp/Sms Segera 0179425846

Seorang peniaga membersihkan air kotoran yang bertakung. Gambar kanan: Madam Chooi membuang air kotor ke longkang besar untuk mengelakkannya bertakung dalam kedai.



RAWANG - Peniaga di pasar moden Rawang di sini terpaksa menimba air untuk dibuang ke longkang berikutan masalah saliran tersumbat.
Seorang peniaga, Madam Chooi, 53, berkata, lot kedainya di tingkat atas medan selera kerap menghadapi masalah air bertakung sejak berpindah ke kawasan tersebut yang sebelum ini diselesaikan oleh pihak ketiga atau peniaga sendiri.
Menurutnya, perkara tersebut telah diselesaikan namun berulang semula awal tahun ini dan bulan lalu.
“Lebih kurang sembilan peniaga terpaksa timba air kotor untuk dibuang di longkang besar setiap hari.
“Hasil aduan dengan ahli majlis baru-baru ini, sebanyak dua unit tapak peniaga telah diselesaikan sementara bakinya belum ada tindakan.
“Masalah berulang ini menyebabkan kami terpaksa berniaga dalam keadaan lantai lecak dan kaki basah yang boleh jejaskan kualiti makanan dan bahaya ketika memasak,” katanya.
Sementara itu, Ahli Majlis MPS, Chua Wei Kiat berkata, kontraktor dilantik mula memasuki tapak untuk melakukan kerja pembersihan semalam yang dijangka selesai minggu hadapan.
“Sebahagian kerja dilakukan hari ini (semalam) dan tiada keperluan untuk ganti saliran baru kerana masalah hanya disebabkan pembersihan,” katanya.

Kredit : Sinar Harian 6 Oktober 2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...