Mengapa Perlu Ada BPA Free? Barang Cap Ayam Jer Tak Boleh Ke?

Mengapa perlu ada BPA FREE ? Barang Cap Ayam jer tak boleh ker..

AWAS ! hati-hati dengan barang murah di pasaran

Call/Whatsapp/Sms Segera 0179425846

Apa itu Bisphenol A (BPA)?Mengapa perlu pilih produk yang bebas BPA (BPA FREE)?

Bahaya BPA terhadap keluarga anda (BAYI khususnya).Cara mengelakkan atau mengurangkan

pendedahan terhadap BPA.

BPA adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi.


Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.
Kesan botol susu bpa terhadap kesihatan dalam jangka masa panjang.

BPA dari produk yang mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan pengguna.Dos BPA yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai Estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.

Janin dalam kandungan atau bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini,kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

Faktor Pengaruhi Larut Resap BPA ke dalam Makanan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya, kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).

Para Penyelidik melaporkan,air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding dengan air sejuk atau air suam (air kosong)

-----------

Tip Mengelakkan Bahaya BPA

Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut :

1. Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.

2. Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.

3. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.

4. Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).

5. Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.

6. Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.

P/s : Jika anda rasa info ini bermanfaat bagi anda sila kongsikannya kepada yang lain agar ramai yang dapat manfaatnya.Sesiapa yg buat 1 kebaikan Allah akan balas dengan 10 kebaikan(mafhum Hadis)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...